Tips Menghias Bilik Tidur (part 1)

Bilik tidur merupakan tempat untuk kita tidur, berehat dan relaks. Bilik tidur sebenarnya mencerminkan sikap dan personaliti diri kita sendiri.  Benarkah kata orang jika serabut bilik tidur kita ia seolah menggambarkan betapa serabutnya hidup kita? Antara elemen penting dalam menghias bilik tidur ialah:

  • Dinding
  • Lampu
  • Katil
  • Karpet/Lantai

Sebelum anda mula untuk menghias bilik, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengemas semua barang-barang anda dan memilih barang yang boleh digunakan sebelum anda membuangnya. Bersihkan juga lantai dan sapu seluruh sawang yang ada di bilik anda. Kali ini saya akan menberi serba sedikit tip dan contoh hiasan bilik untuk dinding.

Untuk menghias bilik, anda perlu tetapkan tema yang anda inginkan di bilik anda untuk memudahkan kita melakukan kerja-kerja di dinding. Anda boleh memilih sama ada ingin mengecat atau menggunakan wallpaper di bilik anda. Tetapi ingat, pilihan warna penting untuk menggambarkan keseluruhan bilik tidur anda. Jika suram warnanya, maka suram juga bilik tidur anda.  Jika anda berminat dengan warna cerah seperti merah, saya nasihatkan anda warnakan satu bahagian sahaja dengan warna merah untuk mengelakkan bilik anda terlalu gelap. Contohnya anda boleh mewarnakan dibahagian belakang katil sahaja dengan warna merah dan warna yang lebih cerah untuk bahagian-bahagian lain.

Contoh bilik tidur berwarna merah:

 Ramai yang memilih untuk menggunakan wallpaper kerana wallpaper dapat menutup rekahan di tembok dan cat di dinding. Pemilihan corak dan gaya wallpaper mestilah dikaji supaya wallpaper yang dipilih dan dipasang boleh bertahan dalam jangkamasa yang panjang.  Anda  perlu bijak mencari corak yang sesuai untuk bilik tidur anda.

Contoh bilik tidur yang menggunakan wallpaper:

Contoh Kertas dinding (Wallpaper):

Untuk hiasan di dinding, ramai dari kita memilih untuk menggantungkan frame. Tetapi jika bilik tidur anda kecil, anda digalakkan menggunakan cermin untuk imej bilik tidur yang lebih besar.

Contoh gambar bilik tidur yang menggunakan cermin:

Selain cermin, anda juga boleh menghias dinding menggunakan ‘wallsticker’. Anda perlu bijak memadankan Wall sticker anda dengan warna cat bilik tidur anda. Selalunya wall sticker flora menjadi pilihan untuk bilik tidur.

Contoh bilik tidur yang menggunakan Wall sticker:

Selain ‘wallsticker’ anda juga boleh menggunakan ‘wallplates’ untuk menghias dinding, ia lebih jimat dan anda boleh melukis mengikut kreativiti anda sendiri! Anda juga boleh menggunakan pinggan yang berlainan saiz dan berlainan lukisan untuk mencipta suasana bilik yang agak ‘funky’.

Ingat anda boleh menghias bilik anda mengikut kreativiti anda sendiri!

Part 2(akan datang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in PETUA and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.