Posts Tagged "dengan"

Siapa Kata Tak Boleh Bercinta?

Cinta adalah fitrah yang lahir dari lubuk hati setiap manusia. Setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan agar ia tidak akan menjadi fitnah.

Sering kita dengar bahawa cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi itu akan halal selepas selesainya akad nikah. Ramai yang mengakuinya, namun ramai juga yang tidak mengendahkannya.

Perasaan cinta itu tidak salah kerana ia adalah anugerah Allah. Kita hendaklah memeliharanya daripada menjadi fitnah duniawi. Tanpa kita sedari kehadirannya akan membawa wabak yang agak susah untuk dipadam kalau tidak berjaga-jaga dari awal.

Cinta itu perlulah disalurkan di tempat yang sepatutnya agar kita tidak dilabelkan zalim yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Cinta itu begitu indah apabila dihayati dengan aturan Islam.

Diri ini sering tertanya-tanya, adakah dengan ber’couple’ itu lengkaplah kebahagiaan kehidupan ini? Persoalan ini timbul apabila melihat ramai kawan-kawan terdekat ber’couple’.

Read the rest of this entry »

Panduan memilih jodoh

Panduan memilih jodoh

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

Read the rest of this entry »

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir. Bagaimana cara untuk melakukannya?

Di sini dikongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:

1- Mengajar menyebut perkataan Allah – ibu bapa selalu cuba untuk mengajar bayi menyebut namanya, sebutan ibu/ayah/mama/papa dll.. Jadi ajarkan juga bayi sebutan ‘ALLAH’. Terangkan dengan mudah siapa Allah.. “Allah tuhan kita.. Allah cipta Reem.. Allah cipta ibu ayah”

Read the rest of this entry »

10 CARA DIET YANG BERKESAN - CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Read the rest of this entry »

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah dengan limpah kasih sayang-Nya, dapatku garapkan sebuah coretan yang kuharapkan dapat dijadikan pedoman buat semua bidadari yang  kusayang, buat semua sahabat seperjuangan, Muslimah yang didambakan. Sebelum penaku menari-nari dengan lebih kencang, kumohon sejuta kemaafan andai ada kekhilafan dalam coretan tintaku ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk itu adalah daripada kelemahanku sendiri.

Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku”.

Read the rest of this entry »