Rujukan Exam Penolong Akauntan Gred W27

Assalamualaikum wbt

Admin mendapat maklumat bahawa pada 23 jun ini bakal diadakan peperiksaan bagi jawatan gred w27 iaitu Penolong Akauntan. Jika anda merupakan calon peperiksaan ini dan sedang tercari-cari rujukan TERBAIK untuk menghadapi peperiksaan ini, admin ingin menyarankan anda mendapatkan pakej rujukan lengkap exam w27 di website berikut

==> http://bit.ly/w27-penolong-akauntan

Sedikit maklumat berkaitan peperiksaan ini :

FORMAT SOALAN :

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dapatkan : PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

==> http://bit.ly/w27-penolong-akauntan

Admin ingin mengucapkan selamat mengulangkaji dan selamat menduduki peperiksaan ini kepada calon yang terlibat

Semoga info ini bermanfaat :)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in KERJAYA and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.