
Kali ini KISAHWANITA akan berkongsi resepi Ayam Goreng ala korea. Resepi asal dari SINI tetapi diubah sedikit untuk memudahkan penyediaan bahan. (saya agak sukar nak cari bahan ikut resepi asal
)

Bahan-Bahan
Ayam
Sedikit Garam
Lada hitam
Tepung beras
Telur
Bawang putih
Bawang Merah
Cili kering yang dikisar
Madu
Sos Tomato
Cara-cara memasak
1. Potong kecil-kecil ayam, basuh dan gaulkan ayam bersama lada hitam, garam, telur, dan tepung beras.
2. Gorengkan. Dan ketepikan.
3. Untuk sosnya, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk/dikisar.
4. Masukkan sos tomato, cili kering yang dikisar dan madu. Kacau sehingga masak.
5. Gaulkan ayam goreng tadi bersama sos.
6. Siap untuk dihidang
* Maaf, tiada kuantiti yang tepat kerana semua bergantung pada jumlah ayam yang hendak anda masak

Tags: resepi ayam goreng korea


