KESIHATAN

1. MENCEGAH PENYAKIT KRONIK SEPERTI SAKIT JANTUNG DAN KENCING MANIS

  • Kurma mengandungi zat-zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika seseorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari, risiko untuk mendapatkan penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung dapat dikurangkan.

2. MERANGSANG DAN MEMUDAHKAN KEHAMILAN

  • Selain itu, buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung.

KECERDASAN DAN KECERGASAN

1. KECERDASAN MINDA DAN MEMBANTU PROSES TUMBESARAN

  • Kanak-kanak digalakkan makan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

2. TENAGA

Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26

Maksudnya: Dan goyangkanlah pagkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.

Berdasarkan firman Allah di dalam surah Maryam ini, Allah SWT memerintahkan Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s, disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh.

 KEPERIBADIAN

1. MEMBENTUK SIFAT PENYABAR, BERSOPAN SANTUN, DAN CERDAAS PEMIKIRAN

Maksud hadis Rasulullah SAW,

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”

KEBERKATAN

1. KEBERKATAN SEWAKTU KELAHIRAN

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya,

Maksudnya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”

2. MAKANAN YANG PALING SEMPURNA

Sabda Rasulullah SAW:

“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,