Archive for the "Uncategorized" Category

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Read the rest of this entry »

Rumah adalah ‘sekolah’ pertama bagi anak-anak. Perkembangan dan pendidikan anak-anak bermula dari rumah kita sendiri. Oleh sebab itu, penting kita sebagai ibu bapa untuk membentuk sebuah persekitaran yang baik untuk membina mental,fizikal dan emosi anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah cuba mewujudkan suasana ceria, serta menggalakkan aktiviti-aktiviti positif di dalam rumah.

 “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Lumrah anak-anak, secara semula jadinya akan meniru perlakuan kita sebagai orang dewasa. Mereka akan melihat serta meniru cara percakapan dan perbuatan kita, bagi anak yang sedikit dewasa akan mula bertanya kenapa dan mengapa kita melakukan setiap perbuatan atau percakapan. Jadi pentingnya untuk kita mula memupuk nilai-nilai dan perilaku positif dalam kehidupan seharian kita. Semenjak kecil, pupuklah mereka dengan perkataan Allahu Akbar, SubhanAllah dan insha’Allah. Biarpun solat wajib untuk Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz (tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), tetapi tidak salah bagi ibu bapa untuk menguatkan kepentingan solat sebelum mereka berumur 7 tahun lagi.

Antara cara atau galakkan yang boleh kita lakukan terhadap anak-anak kita untuk mendirikan solat ialah:

  • Medirikan solat dihadapan mereka sejak kecil
  • Jelaskan kepada mereka kenapa kita mendirikan solat
  • Biarkan mereka memilih sejadah mereka dan mini telekung mereka sendiri
  • Tunjukkan mereka arah kiblat, serta cara menentukan arah kiblat untuk menarik minat mereka
  • Mendirikan solat berjemaah bersama-sama mereka

 “Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama.” (Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu ‘Anhu)

 

 

Tips ini bukan hanya sesuai untuk ibu bapa, remaja-remaja pun boleh membaca dan mempraktikkan kepada adik-adik mereka teknik ini supaya adik-adik mereka pandai..insyaAllah..:)

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tetapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah, ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ), melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

Read the rest of this entry »

Pada satu masa dahulu, ada seorang pemuda yang ingin menceburi bidang pertanian. Pemuda ini berhasrat untuk menanam padi di bendang. Dia bermula dengan mengembur dan mengairi tanah. Segala yang menjadi gangguan kepada pertumbuhan padi akan dibersihkan dan dihapuskan. Apabila sampai musim menuai padi, pemuda ini dengan rasa teruja pergi ke bendang untuk menuai hasil titik peluhnya. Namun pemuda itu berasa hampa dan agak kecewa kerana bukan sahaja padi, tetapi lalang tumbuh meliar di sela-sela padinya yang baru menguning itu.

Read the rest of this entry »

1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

Read the rest of this entry »