Archive for the "KISAH TELADAN" Category

Setiap pagi aku pasti akan terpegun melihat pengorbanan seorang ayah membantu ‘seorang wanita’ untuk duduk di kerusi roda. Baru dua hari aku bertugas sebagai guru sementara disini. Hati meronta-ronta untuk mengenali ‘wanita’ itu. Disebabkan kekangan masa, aku belum sempat mengenali ‘wanita itu’. Rabu petang, aktiviti kokurikulum dijalankan aku seperti biasa  turun ke bawah untuk bersama ke perhimpunan, ‘wanita’ itu ada disitu. Sebelum sempat aku menegur, ‘wanita’ itu terus memberi salam dan menghulurkan tangan serta menyapa namaku. Aku belum sempat mengenalinya, tapi dia sangat ramah dan sentiasa tersenyum.

Madiah. Cikgu Madiah, cikgu Matematik dan Matematik Tambahan di sekolah ini. Walau hanya dengan kerusi roda, dia masih mampu bekerja dan mendidik pelajar di sekolah ini. Sebut sahaja nama Cikgu Madiah, para pelajar akan senyum dan sentiasa senang dengan Cikgu Madiah. Hatiku semakin meronta-ronta untuk mengenali kak Madiah, terasa ingin meminjam ketabahannya, kecekalannya. Butir bicaranya sentiasa sopan tersusun dan dipenuhi dengan nasihat.

Ujian dari Allah SWT

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Mengimbas tiga tahun  yang lalu Hari Rabu 27 Januari 2010  Madiah menumpang tidur di rumah temannya di Seri Iskandar, Perak. Jam 5.00 pagi Madiah bersiap untuk bertolak ke sekolah. Madiah memandu seperti biasa, tetapi malang tidak berbau, dalam pukul 5.45pagi Madiah dijumpa berada didalam parit di tepi jalan, terhumban keluar dari kereta. Madiah dibawa ke hospital, dalam keadaan separuh sedar, Madiah sempat memberi nombor telefon emaknya kepada doktor. Empat hari terlantar di atas katil, sahabat handai kaum keluarga tak putus-putus hadir menziarahi Madiah mengirimkan doa supaya Madiah cepat sembuh. Terkedu ibu Madiah, apabila doktor memberitahu kos pembedahan Madiah menelan belanja sebanyak RM10,000. Dalam masa yang begitu singkat, RM10,000 terlalu banyak. Tetapi Allah sentiasa ada dengan Madiah, Allah hantar sahabat-sahabat yang baik berdamping dengan Madiah, sahabat-sahabat Madiah berpakat mengumpulkan wang untuk kos pembedahan Madiah. Alhamdulillah.

Read the rest of this entry »

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu… ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Read the rest of this entry »

Baju untuk raya emak abah dah belikan. Dan hasilnya, dua helai baju kurung bersaiz 42. Kalau ikutkan si penjual, ” Awak tinggi, kurus, kenapa nak ambil yang besar? Yang saiz 38 ni cantik dik”. Senyum.

Mak cakap, yang besar sikit lagi elok. Dan bagi saya, yang besar itu lebih selesa, lebih selamat. Tahun lepas, baju-baju raya adalah kebaya-kebaya si merah mak ngah. Tapi tahun ini, kebaya-kebaya itu jadi simpanan. Sudah tidak cantik di mata sendiri. Dan tidak padan si kebaya dan si bidang 60 kan?

Ya, dulu yang ketat-ketat itu jadi pilihan saya. Tapi Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati saya untuk jatuh hati pada yang besar-besar saiznya sekarang.

Perasaan yang berbeza..

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum muslimah sekalian,

Ingin sekali aku coretkan sedikit kisah yang telah lama aku simpan. Aku seorang gadis yang sangat dijaga dan dilindungi oleh keluarga ku dengan baik sekali. Segala kelengkapan aku dan juga permintaan aku sebagai anak akan cuba dipenuhi oleh kedua ibubapa ku. Ya! Aku sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai mereka yang menyayangiku. Aku merupakan gadis yang tidak tahu bersosial lebih-lebih lagi dengan kaum lelaki. Kadang-kadang rasa cemburu juga melihat kawan-kawan sekeliling mempunyai teman istimewa tapi aku tetap berfikiran positif ku jawab setiap persoalan mereka tentang couple dengan jawapan ‘belum terfikir lagi’.

Read the rest of this entry »

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?”
Gadis itu menjawab “Tidak.”

Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?”
Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.”

Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”

Read the rest of this entry »