Archive for the "KELUARGA" Category

18 Cara Memikat Hati Suami

1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu ‘demand’, meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

Read the rest of this entry »

Panduan memilih jodoh

Panduan memilih jodoh

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

Read the rest of this entry »

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir. Bagaimana cara untuk melakukannya?

Di sini dikongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:

1- Mengajar menyebut perkataan Allah – ibu bapa selalu cuba untuk mengajar bayi menyebut namanya, sebutan ibu/ayah/mama/papa dll.. Jadi ajarkan juga bayi sebutan ‘ALLAH’. Terangkan dengan mudah siapa Allah.. “Allah tuhan kita.. Allah cipta Reem.. Allah cipta ibu ayah”

Read the rest of this entry »

Rumah adalah ‘sekolah’ pertama bagi anak-anak. Perkembangan dan pendidikan anak-anak bermula dari rumah kita sendiri. Oleh sebab itu, penting kita sebagai ibu bapa untuk membentuk sebuah persekitaran yang baik untuk membina mental,fizikal dan emosi anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah cuba mewujudkan suasana ceria, serta menggalakkan aktiviti-aktiviti positif di dalam rumah.

 “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Lumrah anak-anak, secara semula jadinya akan meniru perlakuan kita sebagai orang dewasa. Mereka akan melihat serta meniru cara percakapan dan perbuatan kita, bagi anak yang sedikit dewasa akan mula bertanya kenapa dan mengapa kita melakukan setiap perbuatan atau percakapan. Jadi pentingnya untuk kita mula memupuk nilai-nilai dan perilaku positif dalam kehidupan seharian kita. Semenjak kecil, pupuklah mereka dengan perkataan Allahu Akbar, SubhanAllah dan insha’Allah. Biarpun solat wajib untuk Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz (tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), tetapi tidak salah bagi ibu bapa untuk menguatkan kepentingan solat sebelum mereka berumur 7 tahun lagi.

Antara cara atau galakkan yang boleh kita lakukan terhadap anak-anak kita untuk mendirikan solat ialah:

  • Medirikan solat dihadapan mereka sejak kecil
  • Jelaskan kepada mereka kenapa kita mendirikan solat
  • Biarkan mereka memilih sejadah mereka dan mini telekung mereka sendiri
  • Tunjukkan mereka arah kiblat, serta cara menentukan arah kiblat untuk menarik minat mereka
  • Mendirikan solat berjemaah bersama-sama mereka

 “Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama.” (Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu ‘Anhu)

 

 

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kurang Berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Read the rest of this entry »