KESIHATAN

1. MENCEGAH PENYAKIT KRONIK SEPERTI SAKIT JANTUNG DAN KENCING MANIS

  • Kurma mengandungi zat-zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika seseorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari, risiko untuk mendapatkan penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung dapat dikurangkan.

2. MERANGSANG DAN MEMUDAHKAN KEHAMILAN

  • Selain itu, buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung.

KECERDASAN DAN KECERGASAN

1. KECERDASAN MINDA DAN MEMBANTU PROSES TUMBESARAN

  • Kanak-kanak digalakkan makan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

2. TENAGA

Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26

Maksudnya: Dan goyangkanlah pagkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.

Berdasarkan firman Allah di dalam surah Maryam ini, Allah SWT memerintahkan Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s, disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh.

 KEPERIBADIAN

1. MEMBENTUK SIFAT PENYABAR, BERSOPAN SANTUN, DAN CERDAAS PEMIKIRAN

Maksud hadis Rasulullah SAW,

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”

KEBERKATAN

1. KEBERKATAN SEWAKTU KELAHIRAN

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya,

Maksudnya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”

2. MAKANAN YANG PALING SEMPURNA

Sabda Rasulullah SAW:

“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”

 

“Bahan bacaan ini ini adalah maklumat yang dijamin dapat membantu mereka yang mahu lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Apabila ia dibaca, dan praktiskan terus.

Ini adalah kata-kata yang dihimpunkan daripada para pembaca yang telah mengaplikasikan segala maklumat yang dikongsikan dalam e-book Tips PTD yang lepas.

Buat pengetahuan umum, e-book ini telah membantu orang ramai untuk tampil lebih berkeyakinan dan berilmu, semasa menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung pada 12 Mei 2012.

Download E-book Ini Sekarang (Klik Di Sini)

E-book Tips PTD – Soalan Bocor, Langgar Undang-undang

Terdapat satu pertanyaan yang menarik daripada prospek yang berminat. Soalannya agak relevan memandangkan e-book ini telah terbukti banyak membantu orang ramai. Soalan itu adalah:

“Adakah e-book Tips PTD ini adalah soalan-soalan bocor daripada pihak SPA? Adakah e-book ini melanggar undang-undang?”

Read the rest of this entry »

Rumah adalah ‘sekolah’ pertama bagi anak-anak. Perkembangan dan pendidikan anak-anak bermula dari rumah kita sendiri. Oleh sebab itu, penting kita sebagai ibu bapa untuk membentuk sebuah persekitaran yang baik untuk membina mental,fizikal dan emosi anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah cuba mewujudkan suasana ceria, serta menggalakkan aktiviti-aktiviti positif di dalam rumah.

 “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Lumrah anak-anak, secara semula jadinya akan meniru perlakuan kita sebagai orang dewasa. Mereka akan melihat serta meniru cara percakapan dan perbuatan kita, bagi anak yang sedikit dewasa akan mula bertanya kenapa dan mengapa kita melakukan setiap perbuatan atau percakapan. Jadi pentingnya untuk kita mula memupuk nilai-nilai dan perilaku positif dalam kehidupan seharian kita. Semenjak kecil, pupuklah mereka dengan perkataan Allahu Akbar, SubhanAllah dan insha’Allah. Biarpun solat wajib untuk Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz (tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), tetapi tidak salah bagi ibu bapa untuk menguatkan kepentingan solat sebelum mereka berumur 7 tahun lagi.

Antara cara atau galakkan yang boleh kita lakukan terhadap anak-anak kita untuk mendirikan solat ialah:

  • Medirikan solat dihadapan mereka sejak kecil
  • Jelaskan kepada mereka kenapa kita mendirikan solat
  • Biarkan mereka memilih sejadah mereka dan mini telekung mereka sendiri
  • Tunjukkan mereka arah kiblat, serta cara menentukan arah kiblat untuk menarik minat mereka
  • Mendirikan solat berjemaah bersama-sama mereka

 “Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama.” (Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu ‘Anhu)

 

 

” Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !”

” Haa? Kenapa?”

” Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat.”

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum wbt

InsyaAllah pada 12 Mei nanti, exam PTD akan berlangsung. Seramai 40 000 calon dipanggil untuk menduduki peperiksaan tersebut. Dalam post ini Kisah Wanita ingin berkongsi 2 contoh soalan yang mungkin disoal dalam peperiksaan pegawai tadbir diplomatik itu nanti.

 

Contoh soalan 1

Enam bidang keberhasilan utama negara melibatkan 6 kementerian. Pilih padanan yang salah :

A. NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman – Datuk Seri Shafie Apdal

B. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya – Datuk Seri Ong Tee Keat

C. NKRA memerangi rasuah – Datuk Seri Rais Yatim

D. NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jawapan anda?

Read the rest of this entry »